• Recent Posts

  • Recent Comments

  • Archives

  • Post Terkini

  • Subscribe to Bayigenius.com

    * indicates required
    Close
  • DOA DAN ZIKIR UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU

    DOA DAN ZIKIR UNTUK BANYAKKAN SUSU IBU

    banyakkan susu

    Susu ibu adalah anugerah terindah dari ibu kepada anak. Jom kita berkongsi Doa dan Zikir untuk banyakkan susu ibu.

    ~Doa untuk banyakkan susu ibu~

    ” Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.” “Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.”

    Sambil baca letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan bayi sehingga 2 tahun.

    doa

    Surah Amalan untuk Ibu Menyusu
    - Amalkan Surah al-Hujurat & Surah al-Kauthar

    al hujrat

    al khauthar
    - Surah Yasin ayat 72-73

    yasin



    - Baca surah al-Baqarah ayat 60;

    surah al baqarah ayat 60

    Amalan Zikir untuk Banyakkan Susu Ibu
    - Zikir Ya Matin (100x) setiap hari.

    al matin
    - Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

    selawat

    bismillah
    letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak dan supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak sehingga dua tahun. InsyaAllah.

    Susu ibu adalah rezeki anak, dan juga sebagai ibu kita harus berusaha sehabis baik untuk memberikan susu ibu kepada anak kita.
    Sesungguhnya Penyusuan susu ibu tanda ketaatkan kita pada suruhan Allah seperti dalam ayat Al -Quran:

    Firman ALLAH didalam al-quran surah al-baqarah ayat 233 yg bermaksud “para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh,iaitu bagi yg ingin menyempurnakan penyusuan”.

    Khasiat paling utama penyusuan susu ibu adalah demi menjaga kesihatan anak yang merupakan amanah Allah sejak dari pertama dilahirkan.

    Imam Syafie berkata “sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”.

    Semoga Allah mempermudahkan urusan penyusuan anda semua. Jika anda hadapi masalah penyusuan, dapatkan konsultasi laktasi dari kaunselor laktasi yang bertauliah serta amalkan pemakanan yang sihat. Makanan tambahan seperti supplement dalam SET PENYUSUAN SHAKLEE juga boleh membantu anda menjayakan proses penyusuan bayi anda.

    Berminat untuk mencuba produk shaklee? Hubungi saya di:-

    Call/SMS : 018-9028 957

    Email : admin@bayigenius.com

    Add FB saya : Mummy Arif untuk live chat -konsultasi nutrisi* terbaik untuk anda!

    KLIK LIKE Page BayiGenius untuk dapatkan tips dan info terkini khas untuk anda!

    *Konsultasi istimewa untuk pelanggan BayiGenius sahaja =)

    ** Segala Testimoni/penulisan dalam blog ini adalah perkongsian, bukan bertujuan mencegah, merawat, mendiagnose atau menyembuh apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami isu kesihatan anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

     

     

     

     

    No Comments

    Leave a comment